Friday, September 3, 2010

Aktiviti DPPKSB sekitar Ramadhan

Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan madrasah Ramadhan pada tahun ini. Momentum 10 malam terakhir ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. DPPKSB telah bersama-sama mengimarahkan madrasah Ramadhan pada kali ini dengan pelbagai program berbentuk kerohanian mahupun kemasyarakatan.

Rangkuman program-program sepanjang Ramadhan ini dijadikan titik-tolak dalam memsyrakatkan PAS khususnya kepada golongan pemuda. Program berbentuk Iftar pemuda, qiamulail, ziarah, edaran bubur lambuk, expedisi dakwah sempena Merdeka, kempen semarak jalur gemilang dan sebagainya telah dilaksanakan dan di harap mampu membina kekuatan DPPKSB sendiri dalam mendepani tuntutan masyarak di Sabak Bernam ini.

Apa yang diharapkan agar kematangan DPPKSB mampu menarik sokongan golongan muda dan seterusnya bersedia dalam memainkan peranan bersama masyarakat pada masa akan datang.






No comments:

Post a Comment