Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Ucapan Aidilfitri daripada Ketua Pemuda Pas Sabak Bernam
Allahuakhbar 3x Lailaha Illallah Waulahu Akhbar
 Allahu Akhbar Walillahil Hamd

Assalamualaikum wbt,
Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Sabak Bernam ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh muslimin muslimat sebagai hari kemenangan setelah menjalani ibadah puasa Ramadan.
 Marilah kita sambut hari kegembiraan ini dengan penuh keimanan dan kesyukuran nikmat kurnian Allah SWT juga merasai kesedihan  mengenangkan nasib umat Islam saudra kita di Palestin/Gaza yang dikepung oleh Yahudi/Israel laknatullah yang terpaksa melalui cabaran getir berhadapan dengan serangan musuh Islam tersebut dalam serba kedhaifan dan memerlukan bantuan umat Islam seluruhnya.

Amalan berziarah ke rumah saudara mara rakan taulan hendaklah diutamakan untuk bermaaf-maafan selain merapatkan ukhwah hubungan silaturrahim kekeluargaan sesama Islam.Sebagai orang muda kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dengan segera menziarahi mereka mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.

Dalam  menyambut hari raya ini hendaklah kita menjaga kemulian bulan syawal dengan mengikut syariat Islam,peraturan yang telah ditentukan oleh agama kita dengan memelihara batas pergaulan antara lelaki permpuan yang bukan muhrimnya.

Saya juga menyeru anak-anak muda supaya menghormati bulan mulia ini dengan menjaga adab-adab semasa berhariraya tidak melakukan perkara maksiat atau aktiviti tidak sihat seperti mendedahkan aurat,pergaulan bebas yang boleh mengundang zina,minuman keras,merempit,membuang masa melepak,terlibat dengan rokok  dadah,jenayah dan sebagainya yg bakal mengundang murka dan bala daripada Allah Swt.Sama-sama kita jaga tegur menegur satu sama lain supaya keruntuhan moral akhlak anak2 muda hari ini dapat di selamatkan.InsyaAllah dengan semangat hari raya dan takbir raya ini dapat dihayati sepenuhnya dan dapat menyelesaikan permasalahan dalam Negara.Rakyat hidup dalam aman damai sejahtera tanpa mengira kaum atau warna kulit dapat merasai ketenangan hidup berkasih sayang satu sama lain.
Bangsa lain akan lebih terjamin dan menghormati orang Islam dengan contoh akhlak yang kita tunjukkan kepada mereka.

Saya juga mengharapkan semoga Ramadhan yang telah kita lalui akan menjadi bekas kepada kita dan jadi bekalan ke akhirat kelak dan mudah-mudahan menjadi insan yang bertakwa.Tarbiyyah ramadhan  atau madrasah yang yang sama-sama kita kerjakan menjadi pedoman untuk meneruskan cabaran hidup yang semakin hebat terutama dalam dunia globalisasi,tanpa sempadan menuntut kita istiqomqh dalam perjuangan yang dikehendaki oleh Islam.Kita mengharapkan agar diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

“Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan kami tidak sembah melainkan Dia dengan penuh ikhlas bagi Allaha sahaja agama meskipun dibenci oleh orang-orang kafir.Tidak ada Tuhan sebenar melainkan Allah dengan keesaanNya.Benarlah janji Nya member pertolongan kepada hambaNya dan member kemuliaan serta kemenangan kepada tentera Nya dan membinasakan tentera Ahzab dengan keesaanNya”

Saya mendoakan kepada seluruh muslimin muslimat ,juga warga SINAR HARIAN semoga Allah SWT mengurniakan kebahagian kelurga,sihat tubuh badan,diberkati rezekinya,dikuatkan imannya,dijauhkan dari fitnah dan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa hisab. Saya dan seluruh warga Dewan Pemuda Pas Sabak Bernamjuga mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua muslimin muslimat semoga diberkati Allah Swt.Amin

Salam Aidil Fitri Minal Aidin Wal Faizin Taqabbalallah Waminkum.
Salam Hormat,

    t.t
Mohd Azmi b. Hj Yusoff
Ketua Dewan Pemuda Pas Sabak Bernam

No comments:

Post a Comment