Saturday, August 28, 2010

Siapakah yang diwajibkan menutup Aurat?

Setelah MP Serdang yang bukan beragama Islam masuk ke surau dan menyampaikan ucapan serta sumbangan, maka terdapat pelbagai pihak berkesampatan memanipulasikan isu ini. Pada awalnya ianya disensasikan  dengan mempersoalkan MP Serdang masuk ke ruang solat dan menyampaikan "tazkirah". Jadi bermulalah serangan awal berkaitan isu tersebut dari Pemuda UmNo Selangor sendiri.

Tetapi selepas maklumat yang diperoleh dari majlis fatwa sendiri berkaitan orang bukan Islam masuk keruang solat,maka secara beransur-ansur perkataan tazkirah dan istilah orang bukan Islam masuk ke masjid tidak diulang. Puak-puak UmNo menyerang pula pada angle berbeza dengan mengambil kesempatan keadaan MP Serdang yang tidak menutup aurat di jadikan isu utama kerana kononya mencemar kesucian Islam.

Polemik yang ditimbulakan ini nampaknya digunakan sebaik mungkin oleh puak-puak UmNo sehinggalah kenyataan dari Tuan Guru Nik Aziz yang yang beranggapan kejahilan menyebabkan isu ini dipolimikkan. Itulah jawapan yg terbaik yang sebenarnya terkena pada UmNo yang menjadikan masyarakat jahil betrkaitan isu agama dan memberi perjelasan atas pengaruh emosi.

Istilah mencemarkan Islam seharusnya perlu difahami oleh mereka sebelum membuat tuduhan terhadap orang lain. Orang Islam yang tidak menutup Aurat dengan sempurna, adakah ia tidak dikira mencemarkan Islam itu sendiri? Udah-udah lah wahaI pemuda UmNo Selangor berkokok terhadap isu ini. Daripada menghantar memorendum, mendesak orang letak jawatan dan pelbagai modus operandi lain, ,molek kiranya depa menasihati rakan seperjuangannya sendiri supaya menutup Aurat dengan sempurna.     

No comments:

Post a Comment