Saturday, August 28, 2010

Siapakah yang diwajibkan menutup Aurat?

Setelah MP Serdang yang bukan beragama Islam masuk ke surau dan menyampaikan ucapan serta sumbangan, maka terdapat pelbagai pihak berkesampatan memanipulasikan isu ini. Pada awalnya ianya disensasikan  dengan mempersoalkan MP Serdang masuk ke ruang solat dan menyampaikan "tazkirah". Jadi bermulalah serangan awal berkaitan isu tersebut dari Pemuda UmNo Selangor sendiri.

Tetapi selepas maklumat yang diperoleh dari majlis fatwa sendiri berkaitan orang bukan Islam masuk keruang solat,maka secara beransur-ansur perkataan tazkirah dan istilah orang bukan Islam masuk ke masjid tidak diulang. Puak-puak UmNo menyerang pula pada angle berbeza dengan mengambil kesempatan keadaan MP Serdang yang tidak menutup aurat di jadikan isu utama kerana kononya mencemar kesucian Islam.

Polemik yang ditimbulakan ini nampaknya digunakan sebaik mungkin oleh puak-puak UmNo sehinggalah kenyataan dari Tuan Guru Nik Aziz yang yang beranggapan kejahilan menyebabkan isu ini dipolimikkan. Itulah jawapan yg terbaik yang sebenarnya terkena pada UmNo yang menjadikan masyarakat jahil betrkaitan isu agama dan memberi perjelasan atas pengaruh emosi.

Istilah mencemarkan Islam seharusnya perlu difahami oleh mereka sebelum membuat tuduhan terhadap orang lain. Orang Islam yang tidak menutup Aurat dengan sempurna, adakah ia tidak dikira mencemarkan Islam itu sendiri? Udah-udah lah wahaI pemuda UmNo Selangor berkokok terhadap isu ini. Daripada menghantar memorendum, mendesak orang letak jawatan dan pelbagai modus operandi lain, ,molek kiranya depa menasihati rakan seperjuangannya sendiri supaya menutup Aurat dengan sempurna.     

Saturday, August 14, 2010

SUMBANGAN MENAIK TARAF PASTI DIPERLUKAN.


Petambahan bilangan pelajar dari masa ke semasa memerlukan ruang infrasturkur yang lebih besar dan selesa. Oleh demikian, Dewan Pemuda Pas kawasan Sabak Bernam (DPPKSB) melalui Pengarah Pasti Sabak Bernam memohon sumbangan dari pihak yang berhasrat untuk menambah dana pembesar PASTI tersebut. 

Mereka yang berhajat,bolehlah memberi sumbangan ke akaun tersebut.

Tetuan Pasti Sabak Bernam
No Akaun : 12056010019454
Bank          : Bank Islam

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem.

Allhamdulillah dapat dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan 1431H pada kali ini. Blog ini masih dalam tempoh percubaan dan akan diselenggarakan sepenuhnya dalam masa terdekat.InsyaAllah...
Editor dppksabak